KELAS BAHASA MANDARIN (DEWASA)

Kalau laoshi boleh tunjukkan macam mana anda boleh CAKAP MANDARIN tanpa buang masa berjam-jam belajar sendiri – Sanggup tak anda laburkan RM 3.30 sehari ?

 (Walaupun anda langsung tiada basic bahasa Mandarin)

Assalammualaikum, ni hao!

Halaman ini cuma akan ambil masa 5 minit untuk baca dan cuma 1 minit untuk anda bertindak.

 

Saya Hawa Loashi (Cikgu Hawa), mula mengajar bahasa Mandarin secara full time sejak tahun 2013.

 

Apa yang laoshi perhatikan dalam ratusan dan ribuan pelajar yang laoshi telah bimbing, ada yang boleh cakap Mandarin dan ada yang susah nak cakap Mandarin.

 

Secara mudahnya, yang boleh cakap Mandarin ni ada beberapa persamaan :

 

1- Mereka sentiasa praktis + praktis + prakstis cakap Mandarin

2- Mereka ada guru atau laoshi yang menjadi tempat rujukan mereka

3- Mereka ada satu coomunity yang menjadi support system mereka

 

 

Atas sebab itu, laoshi memutuskan untuk buat satu program yang dinamakan ELITE CIRCLE SIFU MANDARIN.

APA SEBENARNYA ELITE CIRCLE SIFU MANDARIN (ECSM) NI ?

Anda boleh bayangkan ECSM ini sebagai gabungan 4 perkara dibawah:

Segala content yang ada disebalik Elite Circle Sifu Mandarin, ibarat macam anda subscribe kepada YouTube Memberships.

Anda akan dapat exclusive content yang mana anda & orang macam anda saja yang dapat tengok dan aksesnya.

Saya yakin anda sedang subscribe atau pernah subscribe Netflix. Koleksi video dalam Elite Circle Sifu Mandarin, sama konsep macam itu.

 

 

Video yang ada dalam ECSM semuanya khusus untuk bantu anda mula cakap Mandarin.

Aspek komuniti dalam Elite Circle Sifu Mandarin sama macam Whatsapp Group – mesti anda pernah guna kan?

 

Anda akan boleh praktis, bertukar pendapat, bertanya & collaborate dengan likeminded people dan pastikan anda boleh dapat cakap Mandarin dengan lebih cepat dan berkesan, innsyaallah.

Platform Zoom ni laoshi akan guna khas untuk sesi kelas secara LIVE. Ianya ekslusif untuk ahli Elite Circle Sifu Mandarin sahaja.

 

ANTARA FEEDBACK PELAJAR SEBELUM INI YANG JOIN KELAS SIFU MANDARIN


KENAPA PERLU JOIN ELITE CIRCLE SIFU MANDARIN INI ?

Kita manusia. Manusia ada keperluan dan kehendak.

 

Segala sesuatu yang kita buat dalam hidup ini, pasti ada kaitan dengan dua perkara ini.

 

Ikut pengalaman laoshi, anda sedang pertimbangkan untuk mahir Bahasa Mandarin sebab salah satu daripada senarai ini:

 

  • Memang minat belajar Bahasa Mandarin, tapi kekangan masa atau bajet buatkan anda masih belum mula — atau dah mula tapi tak konsisten.

 

  • Nak tingkatkan keyakinan dan kemahiran komunikasi, terutama bila bercakap dengan klien Cina, rakan sekerja Cina, atau komuniti bisnes Cina — supaya lebih dipercayai, tak kena tipu dan dihormati.

 

  • Kerap ke China sama ada atas urusan kerja atau melancong, tapi selalu rasa ‘rugi’ sebab tak dapat deal yang baik bila berurusan dengan orang tempatan.

 

  • Tahu potensi besar bila boleh bercakap Bahasa Mandarin, dan tak nak ketinggalan dari peluang pekerjaan, bisnes atau jaringan yang boleh ubah masa depan anda dan keluarga.

 

Apa pun matlamat anda, Elite Circle Sifu Mandarin ialah ruang pembelajaran yang akan bantu anda capai impian itu — dengan sokongan komuniti, bimbingan laoshi dan sistem belajar yang fleksibel serta terbukti berkesan innsyallah.

 

SIAPA YANG TAK SESUAI JOIN ELITE CIRCLE SIFU MANDARIN INI ?

Ada beberapa sebab yang mungkin buatkan anda tak sesuai untuk sertai komuniti Elite Circle Sifu Mandarin ini:

  • Daftar kelas tapi jenis culas hadir, suka skip kelas, tak participate dalam group, namun nak jadi fasih cakap Mandarin macam magic.
  • Ada impian pandai cakap Mandarin tanpa praktis, tak hadir kelas, tak buat ulang kaji — basically tak buat apa-apa langsung.
  • Rasa “saya dah pandai, level saya tinggi, saya tahu semua” — sampai tak terbuka hati untuk belajar benda baru atau perbaiki kesilapan.
  • Hanya nak belajar tulisan Cina sahaja tanpa nak bercakap langsung, walaupun objektif komuniti ini ialah bantu anda berani dan fasih berkomunikasi lisan (cakap).
  • Tak boleh ikut silibus dan program yang telah diatur dalam Elite Circle Sifu Mandarin ini.

Kalau rasa mana-mana point di atas tu kena dengan diri anda…

Thank you, but i’m sorry…..program ini tak sesuai untuk anda.

Tapi kalau anda tak jatuh dalam mana-mana kategori tu…

…maka laoshi nak jadi orang pertama ucapkan:

Selamat datang ke Elite Circle Sifu Mandarin – tempat untuk anda mula belajar dan capai impian untuk cakap Mandarin!

Dan mungkin sekarang anda tertanya-tanya — apa sebenarnya yang akan dapat lepas join ni?

Nak tahu? Jom laoshi tunjukkan.

 

APA YANG ANDA AKAN DAPAT SELEPAS JOIN ELITE CIRCLE SIFU MANDARIN INI ?

✅ Kelas Dua Kali Sebulan

Anda akan ikuti kelas intensif dua kali sebulan secara Online Zoom, iaitu pada Ahad jam 9.00 malamminggu PERTAMA dan minggu KETIGA setiap bulan. Kelas ini adalah sesi yang sangat padat dan praktikal untuk bantu anda betul-betul kuasai Bahasa Mandarin dalam situasi sebenar.

✅ Member Spotlight

Setiap bulan (Minggu KETIGA), Hawa Laoshi akan bedah siasat dan coaching pelajar terpilih (atau anda sendiri terpilih) secara langsung – berdasarkan tahap masing-masing. Dalam sesi ini, anda akan belajar cara orang lain (atau anda sendiri)  buat progress dalam Mandarin dan bagaimana anda pun boleh buat lebih baik dari situ. Semasa sesi ini juga boleh bertanya apa-apa soalan berkaitan bahasa Mandarin.

✅ Rakaman & Ulangan (Recordings & Replays)

Jangan risau kalau anda tak dapat hadir kelas secara langsung – semua sesi akan dirakam dan anda boleh ulang tonton sebanyak mana yang anda perlukan, ikut masa dan rentak anda.

✅ Video Latihan Pendek (Mini Training Videos)

Akses kepada koleksi video-video latihan pendek eksklusif yang menyentuh topik-topik penting seperti pronunciation, sentence pattern, dan tips praktikal untuk belajar Mandarin dan banyak lagi. Setiap video ini dibina dengan pengalaman laoshi mengajar selama lebih 12 tahun.

✅ Ebook Mandarin Drills

Anda juga akan dapat eBook latihan Mandarin khas – sesuai untuk anda praktis “on-the-go”, ulang baca atau buat latihan walaupun masa anda terhad. Sesuai untuk beginner dan intermediate.

✅ Whatsapp Group Support 

Group ini khas untuk ahli berdaftar Elite Circle Sifu Mandarin sahaja yang mana Hawa laoshi akan support anda dari segi soal jawab, info tambahan, info terkini dan sebagainya. Anda juga tak keseorang belajar sebab akan ada rakan-rakan lain yang akan sertai group ini juga.

 

Terus terang laoshi bagitahu – kalau anda lalui semua proses ini, satu per satu, dan buat dengan konsisten…

Innsyaallah laoshi yakin, anda akan nampak peningkatan – boleh cakap berbahasa Mandarin.

Jika masih tak boleh, satu-satunya SEBAB yang akan buat anda gagal adalah:

Anda tak buat apa-apa!

Ini bukan sekadar program.

Ini adalah batu loncatan untuk bantu anda kuasai Mandarin & jadi versi terbaik diri anda.

 

APA SILIBUS YANG AKAN LAOSHI KONGSIKAN DALAM ELITE CIRCLE SIFU MANDARIN INI ?

BUKU MODUL ELITE CIRCLE SIFU MANDARIN (ECSM)

ELITE CIRCLE SIFU MANDARIN (MEMBERSHIP LEVEL)

SIAPA SAYA, HAWA LAOSHI UNTUK MEMBANTU ANDA?

Nama saya Puan Siti Hawa Binti Ar. Hj. Othman, atau lebih dikenali sebagai Hawa Laoshi (Cikgu Hawa)

Saya bukan sekadar mengajar Bahasa Mandarin — saya faham CABARAN belajar bahasa ini dari sudut orang Malaysia, sebab saya sendiri melalui laluan itu sejak kecil.

Saya:

Bersekolah lebih 12 tahun dalam sistem pendidikan Cina — dari tadika, kemudian ke SJKC Keh Seng hinggalah ke Pay Fong High School (Sekolah Menengah Persendirian Cina).

Berkelulusan Ijazah Perakaunan dari UTAR dan pernah berkhidmat sebagai juruaudit sebelum memilih untuk jadi pengajar sepenuh masa.

Merupakan HRDC Accredited Trainer (Malaysia), dan juga memiliki Certificate Teaching Chinese to Speakers Of Other Language (CTCSOL, China).

Ada lebih 12 tahun pengalaman mengajar di agensi kerajaan dan swasta, termasuk Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Komunikasi, Kementerian Pertanian, Kementerian Pelancongan Malaysia, Sapura Tech dan pelbagai lagi.

Alhamdulillah, telah menulis lebih 7 buah buku belajar bahasa Mandarin, termasuk buku “150 Ungkapan Mudah Bahasa Mandarin” yang memenangi Anugerah Buku Popular oleh Malaysian Book Publishers Association (MABOPA) pada tahun 2023.

Saya bukan tunjuk ajar berkaitan teori sahaja tapi — saya bantu ramai individu untuk BERANI guna bahasa Mandarin dalam situasi sebenar, sama ada di tempat kerja, mesyuarat, lawatan kerja ke China, atau semasa urusan jual beli dengan klien Cina.

Dan sekarang, giliran anda pula untuk saya bantu, innsyaallah. 


HADIAH EXTRA JIKA ANDA DAFTAR SEKARANG KE ELITE CIRCLE SIFU MANDARIN :

 

BERAPA YURAN ?

Dalam Elite Circle Sifu Mandarin ini secara keseluruhannya anda akan dapat :

✅ Dua kali kelas online dalam sebulan untuk laoshi bimbing anda dari Zero hingga boleh cakap Mandarin innsyaallah – Bernilai RM 997

✅ Akses Rakaman semua kelas online ini untuk ulangkaji & catch up dengan apa anda tertinggal – Bernilai RM 497
 
✅ Akses video latihan pendek (Mini Training Videos @ Youtube Private List) untuk bantu anda kukuhkan asas bahasa Mandarin – Bernilai RM 497
 
✅ Ebook Mandarin Drills untuk bantu anda buat latihan walaupun masa terhad – Bernilai RM 97
 
✅ Whatsapp Group Support Untuk Berbincang & Dapatkan Pandangan Daripada Rakan-Rakan – Tak Ternilai
 
✅ Hadiah #1: Rakaman Kelas Rahsia Berbual Dalam Bahasa Mandarin – Bernilai RM197
 

✅ Hadiah #2 : Ebook Mandarin – Bernilai RM197

– Ebook Cepat Mahir Bertutur Bahasa Mandarin 
– Ebook Anda Tanya Laoshi Jawab
 
✅ Hadiah #3 : Rakaman Kelas Sebutan Mandarin – Bernilai RM197
 
 
Total Nilai: RM 2,679
 
 

Tapi buat masa ini, laoshi tak ada hasrat lagi untuk caj yuran setinggi itu.

 

 

Buat masa ini, yuran Elite Circle Sifu Mandarin ialah:

 

 

RM 247 / bulan

RM 147 / bulan

RM 129 sahaja / bulan 

(boleh cancel bila-bila masa)

 

 

ATAU


SOALAN LAZIM :

1) Berapa lama tempoh kelas dalam Elite Circle Sifu Mandarin ni?

 

  • Secara umumnya, Elite Circle Hawa laoshi tubuhkan adalah program Life Learning, selagi anda subscribe, selagi tu ada akan ada circle untuk belajar Mandarin. Cuma secara khususnya laoshi target setahun program untuk mereka yang newbie. Boleh rujuk Membership Level yang disediakan di atas.
 
 
2) Kalau tak dapat hadir kelas, macam mana? Ada ganti ke? 
  • Tiada kelas ganti khas untuk pelajar yang tak hadir. Boleh tengok rakaman, jika ada soalan boleh terus tanya direct pada Hawa laoshi dalam group support Whatsapp.
 
 
3) Kelas setiap hari apa? Pukul berapa? Dimana?
  • Kelas dua kali sebulan secara Online Zoom, iaitu pada Ahad jam 9.00 malam – 10.00 malamminggu PERTAMA dan minggu KETIGA setiap bulan.
 
 
4) Yuran subscription kira macam mana? Bila nak bayar, bila kena charge ? 
  • Yuran kira bulanan, bayar mengikut tarikh anda masuk dan tarikh pertama kali bank charge kad anda. Contoh anda daftar pada 10hb Julai, kemudian pada 11hb Julai bank charge kad / tolak duit dari akaun bank anda. Jadi bulan seterusnya 11hb Ogos, bank akan tolak duit RM 97 untuk yuran bulan kedua dan seterusnya.
 
 
5) Kalau saya dah tak nak join, macam mana saya nak terminate / cancel subscription Elite Circle Sifu Mandarin ni?
  • Sebulan sebelum berhenti, Whatsapp direct admin 016 352 5218, maklumkan nak cancel subscription Elite Circle Sifu Mandarin. Nanti admin akan guide. Contoh nak cancel subscription pada bulan November, jadi pada awal bulan Oktober (selepas bayar yuran Oktober) perlu whatsapp dan inform pada admin.
 
 
 

ATAU

ANTARA PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN

Capture

Dr. Azam, Sahabat Group

Puan Ratna Nuha, Founder Pick N Paint Art Studio

Tuan Khamarul, CEO Kausar Tech Sdn Bhd