KELAS BAHASA MANDARIN (DEWASA)

Kelas Sifu Mandarin

KELAS BAHASA MANDARIN KOMUNIKASI (TAHAP 1) IALAH UNTUK : –

  • Mereka yang tiada asas bahasa Mandarin (Zero Mandarin).

  • Mereka yang berumur 17 tahun keatas sahaja.

  • Mereka yang sering menjadi “Pekak & Bisu” bila berhadapan dengan rakan berbangsa Cina.

  • Mereka yang menghadapi masalah komunikasi bila berurusan dengan PEMBEKAL & PELANGGAN berbangsa Cina.

  • Mereka yang pening memikirkan bahasa ketiga yang perlu dikuasai untuk naik pangkat @ naik gaji.

  • Mereka yang tak larat dah nak dengar permintaan penemuduga (sesi interview mintak kerja) yang mahukan calon pandai berbahasa Mandarin.

  • Mereka yang nak dapat DISKAUN daripada pembekal / peniaga berbangsa Cina, tapi tak tau cakap Mandarin.


SYARAT-SYARAT:

1) Terhad untuk 20 orang sahaja.

2) Khas untuk peserta 17 tahun ke atas sahaja.

 

YURAN :

RM 150 = Seorang

RM 250 = Dua orang

 

JADUAL KEMASUKAN BARU :

Tarikh = 22 Februari 2020
Hari = Sabtu
Masa = Pukul 10 pagi – 4 petang

 

TOPIK PEMBELAJARAN (TAHAP 1) :

 

1) PENGENALAN BAHASA MANDARIN

  • Apa itu bahasa Mandarin?
  • Betul ke semua orang Cina cakap Mandarin?
  • Bahasa Cina di Malaysia dipanggil apa?

 

2) PERBEZAAN PERTUTURAN DAN PENULISAN DALAM BAHASA CINA

  • Apa beza tulisan Cina simplified & tradisional?
  • Di Malaysia guna tulisan simplified @ tradisional?

 

3) SISTEM SEBUTAN BAHASA MANDARIN, HANYU PINYIN

  • Belajar 23 konsonan dalam Hanyu Pinyin
  • Belajar 36 vokal dalam Hanyu Pinyin
  • Kaedah mudah sebut huruf konsonan dan vokal Bahasa Mandarin

 

4) KEPENTINGAN NADA DALAM BAHASA MANDARIN

  • Macam mana nak tahu beza nada dalam Mandarin?
  • Berapa total nada yang ada dalam bahasa Mandarin?
  • Macam mana nak sebut nada dengan betul?

 

5) CARA MEMPERKENALKAN DIRI DALAM BAHASA MANDARIN

  • 3 cara ucap salam dalam bahasa Mandarin.
  • Bagaimana cara yang betul untuk mula ucap salam dalam Mandarin.
  • 2 cara mudah kenalkan nama anda dalam bahasa Mandarin.
  • cara nak ucap penghargaan dengan betul.

 

6) CARA MUDAH BERSUAI KENAL DALAM BAHASA MANDARIN

  • Bagaimana cara betul untuk mula bersuai kenal dalam Mandarin?
  • Bagaimana memanggil dengan panggilan yang sesuai dalam bahasa Mandarin.

 

7) TIPS BERCAKAP BAHASA MANDARIN

  • Do and Dont’s apabila cakap Mandarin
  • Ketahui Culture bercakap Bahasa  Mandarin 
  • Cara yang betul tambah kosa kata bahasa Mandarin

     

 

 

TENAGA PENGAJAR:

–> Puan Siti Hawa Binti Ar. Hj. Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Hawa Laoshi ( Cikgu Hawa ) telah mendapat pendidikan Bahasa Mandarin lebih dari 12 tahun.

–> Mendapat pendidikan bahasa Mandarin seawal usia 5 tahun di Tadika Keh Seng, Melaka. Bersekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keh Seng, Melaka. Bersekolah menengah di Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka iaitu sebuah sekolah swasta beraliran Cina (Mandarin).

–> Menyambung pelajaran ke universiti dan mendapat Ijazah Perakauan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Selepas itu berjaya memperolehi Certifificate of Chinese Proficiency Test, HSK (Level 6) yang dikeluarkan oleh Negara China. Tidak dilupakan, beliau turut memperoleh sijil jurulatih daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) pada tahun 2017.

–> Beliau juga berpengalaman mengendalikan program bahasa Mandarin di badan – badan kerajaan ( Kementerian Pelancongan Malaysia Putrajaya, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani ), syarikat swasta (Million Makers Sdn Bhd – syarikat logistic; D&P Process & Services – syarikat pembekal Petronas, Inhealth Beauty – syarikat kecantikan, badan NGO – Multiracial Reverted Muslim, Koperasi seperti Koperasi Ukhuwah, Komuniti – masjid sekitar Selangor, individu dewasa secara perseorangan dan kumpuluan serta kanak – kanak.

–> Puan Siti Hawa juga merupakan penulis buku dan e book. Antara buku yang telah beliau tulis ialah buku Mudahnya Bertutur Bahasa Mandarin, buku belajar Tulis Tulisan Cina, buku 150 Ungkapan Mudah bahasa Mandarin dan buku Mudahnya Mandarin untuk Si Cilik.

–> Untuk e book pula, beliau telah menghasilkan ebook 30 peribahasa Cina Terindah, ebook perbualan harian dalam bahasa Mandarin, ebook belajar Mandarin dengan 20 buah lagu kanak-kanak dan ebook cepat mahir bertutur bahasa Mandarin.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Kelas ni adalah kelas  bahasa Mandarin Komunikasi tahap 1. Dalam kelas ni nanti, pelajar akan belajar 7 pengkongsian berkaitan  bahasa mandarin yang telah dinyatakan di atas, kemudian laoshi(cikgu) akan terangkan lebih lanjut tentang kelas lanjutan (tahap 2). Kelas ini bukan kelas preview tau.

Kami sangat galakkan pelajar untuk join kelas ni untuk pelajar lebih faham apa & bagaimana bahasa Mandarin serta lihat adakah kelas lanjutan ni nanti sesuai untuk pelajar tersebut ataupun tidak.

Semua maklumat kelas lanjutan kami akan terangkan dalam kelas  bahasa Mandarin Komunikasi tahap 1 nanti.

Semua details berkaitan kelas lanjutan tu nanti..cikgu / Hawa laoshi akan terangkan semasa kelas  bahasa Mandarin Komunikasi tahap 1 dan anda berpeluang mendapat special DISKAUN.

Jawapan bagi soalan ini adalah subjektif. Cuma ikut pengalaman kami innsyaallah peserta boleh cakap asas Mandarin seperti silibus modul  yang telah kami tuliskan. Untuk pandai dan fasih cakap Mandarin memang memerlukan masa. Tak boleh satu hari atau satu minggu.

 

Penceramah iaitu Hawa Laoshi juga mengambil masa belasan tahun dari tadika hingga sekolah menengah Cina untuk mahir dan fasih bercakap bahasa Mandarin ni.

 

Kami memang TIADA jaminan = lepas kelas ini CONFIRM boleh expert + pandai + fasih bahasa Mandarin.

Buat masa ini semua pendaftaran melalui online iaitu sebelum tarikh bermulanya kelas dan tiada walk in.

Untuk pengetahun tuan/puan, Kelas ini adalah kelas tahap 1 di Sifu Mandarin.

Jadi, semua pelajar WAJIB join kelas  bahasa Mandarin Komunikasi tahap 1 dahulu, kemudian barulah mereka boleh join kelas lanjutan (tahap seterusnya).

Kelas ini memang berbeza dari segi pendekatan yang tuan / puan pernah belajar dulu. Konsep kelas  kami sangat menekankan teori + praktikal.

Kelas ini bukan preview sebab kelas ini ialah kelas  bahasa Mandarin Komunikasi tahap 1

Tuan/puan tak perlu risau. Innsyaallah, memang tak rugi join kelas ni.

i. Dapat ilmu pengenalan asas Mandarin yang terbukti tepat dan berkesan

ii. Dapat belajar teori + praktikal sebutan yang tepat terus dalam kelas

iii. Berpeluang dapat hadiah bonus.