ANDA MEMPUNYAI MINAT UNTUK MENGAJAR BAHASA MANDARIN?

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI CIRI-CIRI SEPERTI BERIKUT?
- Pernah bersekolah di SJKC
- Mempunyai sikap sabar dan membantu pelajar untuk memahami dan bertutur bahasa Mandarin
- Boleh mengajar di waktu malam dan hujung minggu
- Mempunyai sikap suka belajar dan mengajar untuk kebaikan sendiri dan pelajar.
Jika anda jawab YA untuk soalan di atas, andalah yang kami cari selama ini!
Assalammualaikum, zhu ning ping an, salam hormat dari kami – Hawa Laoshi dan Team Sifu Mandarin.
Sifu Mandarin Consulting ialah pusat pembelajaran bahasa Mandarin khusus untuk membantu golongan kanak-kanak dan dewasa yang ‘zero Mandarin’ untuk berkomunikasi dalam bahasa Mandarin.

Alhamdulillah, kami di Sifu Mandarin telah membimbing lebih 20 000 pelajar dewasa dan kanak-kanak sejak tahun 2013.
Bimbingan kepada pelajar dari zero Mandarin melalui buku, e-book, video online, kelas fizikal dan kelas online.
Berbekalkan pengalaman lebih 7 tahun khusus dalam bidang pendidikan bahasa Mandarin, kami melihat rakyat Malaysia perlu dibimbing untuk belajar dari zero Mandarin dengan cara yang tepat dan berkesan.
Kini, kami membimbing hampir 80 pelajar kanak-kanak secara berterusan (bulanan) untuk mereka faham dan boleh bercakap dalam bahasa Mandarin.
Kesemua 80 pelajar ini dibimbing oleh 3 orang guru yang mengajar secara online melalui konsep small group coaching.
Maksud small group ini ialah, seorang guru akan membimbing maksimum 7 pelajar dalam satu kelas.

Kami merancang untuk membimbing 300 pelajar kanak-kanak lagi untuk belajar bahasa Mandarin menjelang tahun 2022.
Oleh itu, kami di Sifu Mandarin mencari guru-guru baru untuk membantu kami membimbing pelajar ini dari zero hingga boleh cakap dalam bahasa Mandarin.
Kami sediakan pelajar, anda mengajar menggunakan modul dan teknik kami.
Buat masa ini semua pembelajaran adalah secara Online dan anda boleh mengajar dari rumah anda sahaja.
Maka, dengan berbesar hati kami menjemput anda yang berkelayakan untuk turut serta bersama-sama kami.

Kelayakan Yang Perlu Ada?
- Bekas Pelajar SJKC atau mempunya Diploma / Ijazah dalam bahasa Mandarin.
- Berumur 22 sehingga 35 tahun.
- Fresh grad / ada pengalaman mengajar / tiada pengalaman layak untuk memohon.
- Boleh bekerja waktu malam dan hujung minggu.
- Talian Internet yang stabil.
Skop Kerja Anda?
- Membimbing pelajar secara online (platform zoom) dan menguruskan kelas bahasa Mandarin untuk kanak kanak 7-12 tahun (bukan pelajar SJKC) dari asas.
- Mengemaskini rekod pengajaran pelajar dari semasa ke semasa.
Apa Kelebihan Bekerja Bersama Team Sifu Mandarin?
- Mengajar kanak-kanak secara Online dan dalam small group sahaja.
- Kemasukan segera selepas lepasi sesi temuduga.
- Latihan dan modul pengajaran disediakan.
- Boleh mengajar dari rumah anda dan tidak perlu ke rumah pelajar.
- Slip gaji / bayaran bulanan disediakan untuk memudahkan guru memohon pembiayaan bank.
- Caruman EPF, Socso bagi guru full time.
Harapan kami semoga anda dapat bersama-sama kami di Sifu Mandarin untuk membimbing kanak-kanak ini untuk belajar bahasa Mandarin.
Sesungguhnya ramai lagi ibu bapa di luar sana yang tercari-cari kelas untuk anak mereka mengusai bahasa ketiga iaitu bahasa Mandarin.
Jadi jika anda berkelayakan, mari bersama kami dan kita berganding bahu.
Anda boleh klik butang di bawah bagi memohon kekosongan jawatan full time atau part time di Sifu Mandarin ya.
Sila klik butang di bawah ini