Tentang Kami

Sifu Mandarin menyediakan platform seminar, kelas , personal@group coaching serta khidmat penterjemahan Bahasa Mandarin. Perkhidmatan kami khusus untuk Badan Kerajaan, Syarikat Korporat, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Komuniti dan Individu (dewasa, remaja dan kanak – kanak).

Sifu Mandarin adalah jenama (branding) yang telah bertapak lebih 5 tahun dalam pengajaran Bahasa Mandarin sebagai Bahasa Kedua. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh SIFU MANDARIN CONSULTING PLT (LLP0010487-LGN) dimana ianya 100% dimiliki oleh Orang Melayu Muslim. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 17 Mei 2014. Pemilik & penggerak utama syarikat ialah Tuan Mohd Saiful Nizzam Mohd Nasir dan Puan Siti Hawa Othman.

TUAN MOHD SAIFUL NIZZAM BIN MOHD NASIR
FOUNDER & PENGARAH

PUAN SITI HAWA BINTI AR. HJ. OTHMAN  
PERUNDING & GURU PEMBIMBING BAHASA MANDARIN

Kami terpanggil membantu menjayakan matlamat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai kelebihan dalam berbahasa serta mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah di Malaysia. Kami yang berpengalaman lebih dari 5 tahun sangat komited dalam memberi latihan dan bimbingan pembelajaran Bahasa Mandarin kepada penutur bukan jati khususnya melalui Kelas Sifu Mandarin. Kami yakin dapat membantu lebih ramai masyarakat di luar sana untuk mempunyai kelebihan berbahasa Mandarin dengan kepakaran dan sistem bimbingan daripada syarikat kami.

VISI SYARIKAT


Visi syarikat SIFU MANDARIN CONSULTING PLT ialah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang pembelajaran bahasa Mandarin dengan cara yang MUDAH, TEPAT & BERKESAN di Malaysia
menjelang 31 Disember 2020.

MISI SYARIKAT

 

  • Syarikat SIFU MANDARIN CONSULTING PLT mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 31 Disember 2020

  • Syarikat SIFU MANDARIN CONSULTING PLT mempunyai 2 orang tutor yang menguruskan setiap cawangan di seluruh Malaysia.

  • Syarikat SIFU MANDARIN CONSULTING PLT mempunyai kit pembelajaran yang lengkap merangkumi buku modul, buku tulis, audio, video dan applikasi telefon bimbit menjelang 31 Disember 2020.

KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN SIFU MANDARIN

#1 SISTEM PEMBELAJARAN YANG LENGKAP DAN SISTEMATIK

– Kaedah Sifu Mandarin sesuai untuk individu dewasa yang tiada asas dalam Bahasa Mandarin (Zero Mandarin)

– Konsep pembelajaran : 80% komunikasi & mendengar, 20% membaca dan menulis tulisan Cina

– Fokus pada penggunaan praktikal, bukan berteraskan peperiksaan (not exam oriented)

-Teknik S.I.F.U Mandarin dalam mempelajari sistem rumi Bahasa Mandarin, i.e. Hanyu Pinyin

 

-Bahasa penyampaian dalam kelas ialah Bahasa Melayu.

 

-Sifu Mandarin online support ( Whatsapp Group / Facebook Group / Telegram Group) disediakan untuk bimbingan pembelajaran Bahasa mandarin di luar kelas.

 

#2 MODUL PEMBELAJARAN YANG KOMPREHENSIF & PRAKTIKAL

þModul dicipta khas oleh Guru Pembimbing Sifu Mandarin, Hawa Laoshi

 

þ Modul khas untuk yang tiada asas Mandarin ( Zero Mandarin )

þ Modul yang menepati konteks sosial di Malaysia dan China

þ Modul yang lengkap dengan tulisan cina(hanzi), Sebutan rumi (Hanyu pinyin), maksud dalam bahasa Melayu.

þ Modul pembelajaran yang lebih praktikal untuk bertutur dalam bahasa Mandarin.

þ Topik pembelajaran yang lazim di gunakan dalam perbualan harian dan urusan rasmi.


þ Disertakan Panduan Sebutan Fonetik Bahasa Mandarin yang telah dipermudahkan dan terbukti berkesan

þ Modul pembelajaran tentang Penulisan Bahasa Cina secara komprehensif disediakan

þ Ujian penilaian mengikut modul disediakan.

#3 GURU PEMBIMBING YANG BERKALIBER DAN BERPENGALAMAN

Puan Siti Hawa Binti Ar. Hj. Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Hawa Laoshi ( Cikgu Hawa ) ialah seorang yang fasih berbahasa Malaysia dan mendapat pendidikan Bahasa Mandarin lebih dari 12 tahun.

Beliau mendapat pendidikan Bahasa Mandarin seawal usia 5 tahun di Tadika Keh Seng, Melaka sebelum melanjutkan pendidikan sekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keh Seng, Melaka. Minat dan kesungguhan beliau dalam mempelajari Bahasa Mandarin mendorong ibubapa beliau menghantar beliau ke Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka sebuah sekolah swasta beraliran Cina (Mandarin). Setelah mendapat Ijazah Perakauan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Beliau bekerja sebagai juruaudit di syarikat swasta sebelum membuat keputusan untuk menjadi pengajar dan pembimbing sepenuh masa dalam pendidikan Bahasa Mandarin. Beliau juga telah memperolehi Certifificate of Chinese Proficiency Test, HSK (Level 6) yang dikeluarkan oleh Negara China. Pada tahun 2017, beliau turut memperoleh sijil jurulatih  daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) sebagai Certified Trainer.

 

Kini, Puan Siti Hawa Binti Ar. Hj. Othman merupakan pembimbing / trainer sepenuh masa di Kelas Sifu Mandarin.  Beliau berpengalaman mengendalikan program bahasa Mandarin di badan – badan kerajaan ( Kementerian Pelancongan Malaysia Putrajaya, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani ), syarikat swasta (Million Makers Sdn Bhd – syarikat logistic; D&P Process & Services – syarikat pembekal Petronas, Inhealth Beauty – syarikat kecantikan, badan NGO – Multiracial Reverted Muslim, Koperasi seperti Koperasi Ukhuwah, Komuniti – masjid sekitar Selangor, individu dewasa secara perseorangan dan kumpuluan serta kanak – kanak.

Puan Siti Hawa juga merupakan penulis buku dan e book. Antara buku yang telah beliau tulis ialah buku modul kelas dewasa, buku tulis tulisan Cina, buku 150 ungkapan mudah bahasa Mandarin dan buku modul kelas kanak-kanak.

Untuk e book pula, beliau telah menghasilkan ebook 30 peribahasa Cina Terindah, ebook perbualan harian dalam bahasa Mandarin, ebook belajar Mandarin dengan 20 buah lagu kanak-kanak dan ebook cepat mahir bertutur bahasa Mandarin.

Beliau sangat komited untuk melatih lebih ramai masyarakat Malaysia untuk bertutur dalam Bahasa Mandarin selain menjayakan matlamat syarikat untuk MEMUPUK PERSEFAHAMAN.

Sijil Kefasihan Bahasa Mandarin (HSK) Tahap 6 daripada Hanban, Beijing, China

Sijil Kefasihan Bahasa Mandarin (HSK) Tahap 5 daripada Hanban, Beijing, China

Sijil Jurulatih PMSB (Certified)

LIPUTAN AKHBAR SIHAR HARIAN (COLUM WOW)

LIPUTAN DARIPADA TV AL HIJRAH (SLOT AKHBAR AL HIJRAH)

LIPUTAN DARIPADA DEWAN BAHASA & PUSTAKA (MAJALAH DEWAN EKONOMI)

LIPUTAN DARIPADA MAJALAH PKNS BIZ POINT

SIJIL IPO BUKU MODUL

SIFU MANDARIN TESTIMONI PELAJAR