Untuk anda yang baru belajar Bahasa mandarin, kadang-kadang ada perkataan atau ayat
Bahasa mandarin yang rakan cina anda cakap tapi anda tidak dapat tangkap apa yang mereka cuba sampaikan kerana rakan anda bercakap terlalu laju. Atau mungkin anda dengar rakan anda berbahasa cina tapi anda hanya mendengar sebahagian sahaja perkataan yang mereka sebutkan.
Ok laoshi kongsikan satu ayat yang anda boleh gunakan untuk minta rakan anda ulang semula
apa yang dicakapkan.
Ayatnya ialah :
你说什么?nǐ shuō shěn me?
Maksudnya – Apa yang kamu katakan?
你nǐ = kamu
说shōu = cakap, berkata
什么shěnme = apa
Boleh juga sambung dengan ayat seterusnya:
你可以再说一次吗?nǐ kě yǐ zài shuō yí cì ma?
Maksudnya – Boleh kamu cakap sekali lagi?
你nǐ = kamu
可以kéyǐ = boleh
再说zàishuō = cakap lagi
一次吗yí cì ma = sekali ke?
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda gunakan dalam situasi kehidupan harian
bersama bos atau rakan cina anda. 😊