fbpx

Ayat Pujian Yang Boleh Membuatkan Anak Anda Gembira Dalam Bahasa Mandarin

hebat

   Anak gembira adalah kunci kebahagiaan setiap ibubapa. Ibubapa merupakan pendorong terbesar dalam kehidupan seorang anak. Pujian antara perkara yang nampak mudah, tetapi sebenarnya memberi kesan luar biasa kepada anak kita hingga mereka cenderung menjadi seorang dewasa yang gembira dan positif.

Ayat pujian dalam Bahasa Mandarin #1 =
你好厉害啊!nǐ hǎo lìhài a!
Maksudnya – Awak sangat hebat!
你 nǐ = awak/kamu
好 hǎo = sangat/baik
厉害啊 lìhài a = hebat
Contoh situasi yang boleh anda gunakan ayat tersebut :
你好厉害啊,数学可以考到满分!
Nǐ hǎo lì hài a, shù xué kě yǐ kǎo dào mǎn fēn!
Awak sangat hebat, boleh dapat markah penuh untuk Matematik!

Ayat pujian dalam Bahasa Mandarin #2 =
你真棒!nǐ zhēn bàng!
Maksudnya – Awak sangat hebat!
你 nǐ = awak/kamu
真 zhēn = sangat
棒 bàng = hebat
Contoh situasi yang boleh anda gunakan ayat tersebut :
你的学习进步很快,你真棒!
nǐ de xué xí jìn bù hěn kuài, nǐ zhēn bang!
Tahap pembelajaran awak meningkat dengan cepat, awak hebat!

Setiap perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Semoga pujian yang kita berikan kepada anak-anak akan memotivasikan mereka untuk menjadi insan yang positif & cemerlang, dan terbentuk peribadi mereka dengan sifat-sifat yang mulia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda gunakan dalam situasi kehidupan harian
bersama keluarga, bos atau rakan cina anda. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *