fbpx

Ayat Tentang Masa Dalam Bahasa Mandarin

Cara kita menyatakan waktu dalam Bahasa Mandarin ialah :
Waktu pagi – 早上 zǎo shang
Waktu tengah hari – 中午 zhōng wǔ
Waktu petang – 下午 xià wǔ
Waktu malam – 晚上 wǎn shang

Untuk menyatakan masa dalam Bahasa Mandarin, kita perlu nyatakan waktu & masanya
sekali. Contoh:
Pukul 10 pagi – 早上十点 zǎo shang shí diǎn
Pukul 12.30 tengah hari – 中午十二点半 zhōng wǔ shí èr diǎn bàn
Pukul 6 petang – 下午六点 xià wǔ liù diǎn
Pukul 8 malam – 晚上八点 wǎn shang bā diǎn

Kalau anda nak bertanya tentang masa kepada rakan cina anda, boleh gunakan ayat ini :
“现在几点了?”
xiàn zài jǐ diǎn le?
Sekarang dah pukul berapa?

Laoshi kongsikan ayat perbualan ringkas yang anda boleh gunakan untuk bertanya berkaitan masa & waktu kepada rakan cina anda :
“现在几点了?”
xiàn zài jǐ diǎn le?
Sekarang pukul berapa?

“现在中午十二点了。”
xiàn zài zhōng wǔ shí èr diǎn le。
Sekarang dah pukul 12 tengah hari.

Laoshi kongsikan pula satu Mutiara kata dalam Bahasa Mandarin tentang masa :
“最聪明的人是最不愿浪费时间的人”
zuì cōngmíng de rén shì bù yuàn làngfèi shíjiān de rén

Maksud – Orang yang paling bijak adalah orang yang paling tidak rela untuk membazirkan
masa.
最聪明 – Yang paling bijak
的人是 – Orangnya ialah
最不愿 – yang paling tidak rela
浪费 – membazir
时间 – masa
的人 – orangnya

Semoga penulisan artikel ini memberi manfaat buat anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *